Sunday 29 April 2012

LATIHAN TATABAHASA


Nama :___________________________________          Tahun :_______________

Latihan Tatabahasa

Garisi  kata hubung yang betul di dalam ayat di bawah.

1.      Jamil, Kamal Muthu  ( atau, dan )  Kam Ceng  sedang menonton    filem.
2.      Rumah  itu  sangat  besar  (  tetapi,  sambil  )  sudah  buruk.
3.      Cikgu masuk ke dalam kelas  (  lalu,  sambil  ) memanggil nama Ramli.
4.      Kasut  Siti  kotor  (  tetapi,  kerana  )  terpijak  lumpur.
5.      Halim  tidak  tahu  hendak  memilih  topi  merah  (  dan,  atau  )  topi  biru.
6.      Manaf  mengayuh  basikal  (  sambil,  dan  )    berangan-angan.
7.      Budak  itu  gemuk  (  kerana,  tetapi  )  sangat rajin.
8.      Kucing itu berlari  (  tetapi,  sambil  ) menolak  bola  kecil  itu  dengan kakinya.
9.      Adik  sedang  berfikir  hendak  memetik  bunga  raya  (  atau,  dan  )  bunga  keanga.
10.  Lili  tidak  hadir  ke  sekolah  ( lalu,  kerana  )  neneknya meninggal dunia.

Thursday 26 April 2012

LATIHAN TATABAHASA

 
Nama : __________________________________       Tarikh  :_________________

Latihan tatabahasa
Isi tempat kosong dengan kata adjektif pancaindera yang sesuai.


lebat

licin

mendung

sedap

gembira

rancak

kuat

basah

kecil

kencang


1.      Kamil  kelihatan ___________________  selepas diumum sebagai pemenang dalam acara bercerita.

2.      Cuaca pada petang kelmarin agak  ____________________ tetapi hujan tidak turun.

3.      Muzik yang ___________________  dimainkan semasa senamrobik dilakukan.


4.      Angin bertiup  _________________   menyebabkan pokok-pokok tumbang.

5.      Banjir telah menimpa kampung itu kerana hujan ________________ turun semalam.


6.      Orang  itu sangat  ____________________  walau pun sudah tua.

7.      Nenek tua itu tinggal di dalam sebuah rumah yang ________________.


8.      Setelah hujan, jalan itu menjadi  _______________  dan  _______________.

Lauk-pauk di kedai itu sangat  __________________.

Friday 13 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran/ Kelas
Bahasa Malaysia / 2 Bahagia
Tarikh / Hari
22 Mac 2012 / Khamis
Durasi  
9.15 – 9.45 pagi
Bil.Murid
30 orang
Tema
Sihat dan  Cerdas
Tajuk
Bersenam Menyihatkan Badan
Objektif              
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.menyebut kata adjektif pancaindera .
ii.menulis kata adjektif pancaindera di dalam ayat dengan betul

Standard  Kandungan           

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan 
betul mengikut  konteks.       

Standard Pembelajaran


5.1.1 Memahami dan menggunakan  kata adjektif pancaindera 
dengan betul mengikut konteks.

Sistem Bahasa   

Tatabahasa - Kata adjektif
Ilmu
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani
Nilai Murni
Kebersihan,Kesihatan, Kecergasan
KBT
KB – Membuat Kesimpulan
Kontekstual  -  Menghungkaitkan
BBM
Permainan “ Puzzle”,  Teks petikan, lembaran kerja








                Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran



Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Guru

Murid

BBM

Set induksi
( 5 minit )






1.Guru mengedarkan bahan  untuk permainan ‘Puzzle’.

2. Guru minta murid mencantum kad menjadi perkataan dan menyebutnya.

3. Bersoaljawab dengan murid tentang perkataan yang telah terbentuk.


1.Murid  mencantumkan pecahan kad menjadi perkataan.

2.Murid menyebut perkataan yang terbentuk.



3. Murid menjawab soalan secara lisan.



Pecahan kad

Langkah 1

( 5 minit )





Bacaan Mekanis

1.Guru minta ketua kumpulan mengedarkan kertas petikan teks .



2. Minta murid membaca dan menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.


1.Ketua kumpulan mengedarkan kertas petikan teks kepada semua ahli dalam kumpulannya.

2.Murid membaca petikan  dan menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.


Petikan teks

Langkah 2

(  5 minit )



Menyebut kata adjektif
dalam petikan

1.Minta murid sebut kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

2.Minta murid menulis kata adjektif yang terdapat dalam petikan di papan tulis.

3.Minta murid lain membaca kuat perkataan  yang ditulis di papan tulis.


1.Murid menyebut kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

2.Beberapa orang murid menulis kata adjektif di papan tulis.

3.Murid lain membaca perkataan yang ditulis di papan tulis.



Langkah 3

( 10 minit )

Menyiapkan lembaran kerja

1.Guru mengedarkan lembaran kerja .

2.Guru menerangkan cara meyiapakan lembaran kerja.



1.Murid mendapatkan lembaran kerja.

2. Mengisi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul.

Lembaran kerja

Penutup
( 5 minit )


Menyebut kembali kata adjektif yang telah dipelajari

1.Guru bersoal jawab tentang kata adjektif dan minta murid menyebut kembali semua kata adjektif yang telah dipelajari.

1.Murid menyebut kembali semua kata adjektif yang telah dipelajari.

Thursday 15 March 2012

PENGENALAN

Assalamualaikum,
Blog ini merupakan pencetus idea untuk diri saya sendiri, para pendidik dan murid-murid yang ingin mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, perkongsian maklumat mengenai dunia pendidikan dan juga sebagai penggerak untuk kita sama-sama berkongsi idea. Terdapat banyak bahan yang dapat diperolehi  melalui internet yang amat berguna di samping memudahkan guru melakukan kerja. Saya berharap blog ini dapat membantu guru dan murid mencari bahan , berkongsi maklumat serta memanfaatkan dunia tanpa sempadan ini dengan sepenuhnya. Sekiranya ada guru yang ingin berkongsi laman web yang dapat dijadikan rujukan bersama, kirimlah alamat laman web tersebut. Cikgu boleh hantarkan alamat laman web tersebut melalui pautan komentar (comment) atau kirim ke e-mail saya.

Sekian, terima kasih.