Thursday 15 March 2012

PENGENALAN

Assalamualaikum,
Blog ini merupakan pencetus idea untuk diri saya sendiri, para pendidik dan murid-murid yang ingin mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, perkongsian maklumat mengenai dunia pendidikan dan juga sebagai penggerak untuk kita sama-sama berkongsi idea. Terdapat banyak bahan yang dapat diperolehi  melalui internet yang amat berguna di samping memudahkan guru melakukan kerja. Saya berharap blog ini dapat membantu guru dan murid mencari bahan , berkongsi maklumat serta memanfaatkan dunia tanpa sempadan ini dengan sepenuhnya. Sekiranya ada guru yang ingin berkongsi laman web yang dapat dijadikan rujukan bersama, kirimlah alamat laman web tersebut. Cikgu boleh hantarkan alamat laman web tersebut melalui pautan komentar (comment) atau kirim ke e-mail saya.

Sekian, terima kasih.